اهلا وسهلا الى الروضةاللغوية .Selamat Datang ke Taman Bahasa Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin. Laman ini memberi info mengenai Bahasa Arab dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru Bahasa Arab khususnya dan j-QAF amnya.Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melawati laman ini. Semoga kita dapat meningkatkan percambahan ilmu khususnya dalam mempelajari Bahasa Arab. Lets' Learn Arabic with Fun (هيا نتعلم اللغة العربية بطريقة ممتعة)

Tuesday 8 November 2011

Salam Eiduladha



Salam Eiduladha buat semua warga SK Kesang Tua, Jasin dan seluruh umat Islam. Semoga kedatangan Eiduladha ini memberi ingatan kepada kita tentang kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Juga menyelami pengorbanan agung yang dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.

Semoga pengorbanan para nabi dihayati, taqwa disuburi dalam jalan menuju redha Ilahi...

Saturday 8 October 2011

RIMUP, Sambutan Aidilfitri dan Hari Kanak-Kanak Meriah


Pada 27hb September 2011 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah mengadakan program RIMUP, sambutan Aidilfitri dan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Program ini diadakan meriah dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang menarik. 

  Program RIMUP ini diharapkan dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan semangat integrasi antara kaum di SK Kesang Tua khususnya dan Malaysia amnya.Pertandingan pakaian tradisional pelbagai kaum menjadi salah satu aktiviti dalam program tersebut.

  Sambutan Aidilfitri dan Hari Kanak-kanak Sedunia pula mampu mengeratkan ukhuwwah antara pelajar dan guru-guru serta warga SK Kesang Tua. 

j-QAF tidak ketinggalan mengadakan persembahan bersempena sambutan ini. Pelajar- pelajar Tahun 5 telah membuat persembahan Bahasa Arab yang menarik. Ini merupakan langkah untuk menarik pelajar-pelajar lebih berminat mempelajari Bahasa Arab di samping menanamkan rasa sayang untuk mendalami bahasa al-Quran ini.

WARNA-WARNI SAMBUTAN

Persembahan j-QAF: Nyanyian semula lagu "حديقة الحيوانات" dari Kumpulan Dhuha

Lagu Raya daripada pelajar-pelajar Tahun 6

Guru juga tidak ketinggalan menggembirakan pelajar-pelajar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

Seronok! Menjamu makanan untuk pelajar-pelajar.

Sabar menunggu pelajar-pelajar 

Jemput minum...


Tuesday 16 August 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak



Ramadhan telah masuk fasa yang ke-2 (fasa maghfirah) setelah berlalunya fasa pertama yang lepas. Di kesempatan waktu ini, guru-guru j-QAF, khususnya guru- guru Bahasa Arab SK Kesang Tua ingin mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih. Moga madrasah tarbiyah daripada Allah selama sebulan ini mampu membentuk diri kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah."

Rebutlah peluang ini selagi kita masih bernafas. Mungkin inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Sunday 24 July 2011

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-4


Solat berjemaah bersama

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya Kem Bestari Solat telah dapat dilaksanakan sebanyak 3 kali pada tahun ini. InsyaAllah Kem Bestari Solat Kali ke-4 bakal menyusul tiba. KBS ini akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25- 26 Julai 2011 (Isnin & Selasa) ini. Kem Bestari Solat ini melibatkan semua guru dan pelajar SK Kesang Tua, Jasin. Maklumat KBS adalah seperti berikut:

Kem Bestari Solat (Tahap I)

Tarikh: 25 Julai 2011
Hari   : Isnin
Masa : 12.40 tengah hari - 3.30 petang


Kem Bestari Solat (Tahap II)

Tarikh: 26 Julai 2011
Hari   : Selasa

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Monday 11 July 2011

Selamat Datang ke Taman Ilmu Bahasa Arab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya maka, dapatlah laman ini diwujudkan bagi menjana dan mencerna ilmu khususnya Bahsa Arab. Di samping itu juga, laman ini turut memuatkan berita-berita terkini mengenai perjalanan dan aktiviti Bahasa Arab dan j-QAF yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin.

Diharapkan laman ilmu ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Selamat melayari!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

هيا نتعلم اللغة العربية

Lets' Learn Arabic With Fun!! Slideshow: Bahasa’s trip from Melaka State, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Followers

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes